Friday 4 May 2012

WE ARE HIKERS!!!! WHAT U NEED TO DO???

DARI KIRI NAKEMAH, DAYAT, AZMAN,SYUK,EPUL,MEZAH,AKU(YANA) & JIEHA....
 
 Bagi "hikers"..perasaan cinta terhadap alam semulajadi menjadi permulaan untuk kaMI tubuhkan team ini..... dengan adenya team ni menjadi langkah kekuatan kami untuk melangkah jauh ke dalam hutan...


* perkara yg perlu diambil berat oleh setiap HIKER ialah :
 
Keadaan Fizikal dan Mental

Fizikal lebih menjurus kepada elemen kekuatan (tenaga luaran/penampilan) dan mental pula berteraskan elemen pemikiran ( kecekalan/tenaga dalaman).
  
walaupun aku ni PEREMPUAN, aku akui kadang2 fizikal aku lemah, tapi kawan2 beri support terutama untuk mental aku...
 
Selalunya, mental akan terlebih dahulu mengaku kalah sebelum fizikal. Sekiranya mental akan awal-awal lagi sudah mengaku kalah, walaupun dari segi fizikal korang masih boleh meneruskan perjalanan maka korang tidak akan sampai ke detinasi yang di tuju. 

Akan tetapi sekiranya mental anda berkata anda akan sampai ke tempat yang di tuju, walau apa pun halangan fizikal yang dihadapi, anda akan tetap sampai juga akhirnya.  Fizikal yang kuat  dengan mental yang lemah tidak akan menjanjikan kejayaan.
 
Untuk menilai kekuatan mental  bukanlah dengan cara melihat susuk tubuh seseorang itu kerana adakalanya  orang yang bertubuh kecil itu lebih tinggi tahap kecekalan mentalnya dan begitu juga sebaliknya  kerana tahap mental seseorang itu amatlah subjektif. 

walaupun aku x la tinggi sangat,, tapi minat, aku layannnn....

AKU N NAKEMAH X LA BESAR N TINGGI MANE,, TAPI MINAT YG SAME PENDORONG MENTAL KAMI UNTUK BERTAHAN,,,,,



Untuk membina mental yang kuat dan cergas, anda digalakkan menyemai keyakinan tinggi kepada diri sendiri. Sentiasa berfikiran positif.  Disamping itu amalkan sifat terbuka dalam pergaulan, tidak mementingkan diri sendiri dan yang paling utama ialah pengisian jiwa kita dari sudut keagamaan.
Walaubagaimanapun, persediaan dari segi kekuatan fizikal adalah amat penting sebelum memulakan sebarang aktiviti pengembaraan. Untuk aktiviti yang mencabar ianya memerlukan anda bersedia dari segi fizikal dan memerlukan ketahanan stamina yang agak tinggi. 

Untuk pengembaraan hutan (jungle trecking) yang tidak melibatkan pendakian gunung, KORANG tidak begitu memerlukan keadaan fizikal yang baik. Akan tetapi jika pengembaraan yang melibatkan pendakian gunung, korang haruslah mempunyai keupayaan fizikal yang kuat dan stamina yang tinggi kerana ketika mendaki anda akan membawa bersama lebih kurang 15kg bebanan (bag) dan ini memerlukan kekuatan pada kaki dan belakang. Dan semasa menuruni bukit kekuatan leher dan kaki amatlah penting supaya tidak mudah tergelincir.

Anda mestilah belajar menerima dan cepat menyesuaikan diri kepada perubahan cuaca atau keadaan sekeliling apabila berada didalam hutan. Faktor cuaca seperti cuaca sejuk, panas mahupun hujan, ribut atau banjir adalah sebahagian daripada kemungkinan yang harus dihadapi. Berfikirlah secara matang dan jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Pertimbangkan semua peluang yang ada sebelum mengambil sebarang keputusan, sebaik-baiknya anda berbincang dengan rakan-rakan dalam menentukan tindakan anda seterusnya. 

Adalah lebih baik sekiranya anda mengumpul semua maklumat tempat atau lokasi yang anda ingin tujui  sebelum memulakan perjalanan. Ini sedikit sebanyak boleh menolong anda menyediakan peralatan yang perlu untuk menghadapi keadaan yang bakal ditempohi. Dalam sesetengah kes, pengambara yang berpengalaman juga boleh menghadapi masalah dalam menghadapi perubahan keadaan atau cuaca sekiranya tiada persediaan rapi.

Bag

Pilihan bag bergantung kepada 

a)  jenis pengembaraan;                    b) jarak masa berada di luar
c)  kekerapan anda                           d) kesanggupan berbelanja.
AKU N THE GANG MEMILIH BEG KARIMOR UNTUK PI HIKING



Bag atau haversack hendaklah mempunyai kerangka dalam yang di jahit di dalam bag dan tali (straps) yang boleh di laras mengikut kesesuaian. korang haruslah selesa semasa memikul bag . Bag yang baik haruslah mempunyai padding yang baik, strap dada dan beberapa poket disebelah tepi dan atas. Ianya juga haruslah mempunyai lash-point untuk menggantung peralatan yang besar seperti ground mats (alas tanah), kantung tidur  (sleeping bag) dan khemah. Bag berkapasiti 35 hingga 45 liter cukup sesuai untuk tiga hari berkembara (pergi & balik). Untuk jangka masa seminggu, korang memerlukan bag yang berkapasiti 60 liter atau lebih. Barangan yang berat hendaklah di simpan di bahagian bawah bag. Ketatkan waist strap (tali di pinggang) semasa berjalan untuk mengurangkan kesakitan/lenguh pada bahu korang. Berat bag yang amat sesuai semasa pengembaraa ialah 15Kg.
Bungkuskan barangan korang terutama baju didalam plastik sebelum memasukkannya kedalam bag, ini akan menghalang  air (hujan atau sungai) dari merosakkan barangan korang terutama bag tidur dan pakaian. Kebanyakkan bag di pasaran adalah diimport dan agak mahal. Pilihlah bag yang sesuai dengan aktiviti yang  ingin sertai. 45 – 60 liter amatlah sesuai untuk pengembaraan hutan di Malaysia kerana paling lama korang mungkin berada di dalam hutan adalah untuk tempoh satu minggu. 

Unggun Api 

Sesetengah orang menyalakan unggun api dan setengahnya pula tidak. Sekiranya kawasan perkhemahan itu agak terancam oleh binatang buas ianya agak perlu memasang unggun api sekurang-kurangnya dapat menghalang binatang buas dari mendekati kawasan khemah anda. Asap dari unggun api dapat menghalau binatang buas dan juga serangga seperti nyamuk.
Gunakan kayu yang telah mati atau tunggul kayu untuk meghidupkan unggun api korang. Bersihkan kawasan sekeliling unggun api sebelum menyalakan api terutamanya daun-daun kering dan ranting-ranting kecil. Pagarkan unggun api tersebut dengan menggunakan batu supaya api tidak merebak.  Pastikan api unggun mudah dikawal  dan tidak dinyalakan terlalu hampir dengan khemah korang. 

Belerang
Dengan menabur belerang disekeliling khemah juga adalah salah satu cara  bagi mengelakkan  tapak perkemahan anda dicerobohi oleh haiwan atau serangga menjalar seperti ular, halipan, ulat bulu atau kala jengking. Pastikan korang menaburkan belerang selepas sahaja khemah siap didirikan.  Selain menabur belarang disekeliling khemah, adalah juga digalakkan melakukannya disekeliling tapak perkhemahan korang.  Belerang yang berwarna kuning seakan-akan serbuk kunyit boleh dibeli di kebanyakan kedai yang menjual peralatan kembara dengan harga yang amat berpatutan.

Makanan

Jenis makanan yang dibawa amat bergantung kepada jangka masa sesuatu perjalanan. Ia boleh di katagorikan kepada tiga bahagian atau bentuk iaitu makanan kering, makanan basah atau makanan dalam tin. Memasak di dalam hutan sepatutnya dilakukan dengan mudah, cermat dan selamat samada menggunakan kayu api, lilin memasak atau dapur gas.
Mee segera , roti atau nasi merupakan pilihan yang baik kerana ianya agak ringan berbanding dengan makanan yang lain. Dapur gas mudah alih (Butane Stoves) dan mess tins merupakan alatan berbagai fungsi (sebagai kuali, periuk ,pinggan atau cerek) dan ianya agak ringan dan mudah di bersihkan.  Makanan yang kaya dengan tenaga seperti coklat bar, kentang goreng, nestum atau oat merupakan makanan segera yang amat mudah dibawa dan dimasak.  Bila berkembara jangan terlalu memikirkan keselesaan kerana setiap perjalanan pasti ada pahit manisnya & pengalaman akan menjadikan kita lebih dewasa. Sentiasa sematkan didalam minda akan motto utama kembara iaitu “ Lebih Sukar Lebih Mencabar”.  Nah ! ianya menggambarkan segalanya.

Tidak dinafikan banyak yang korang perlu ingat. Akan tetapi sekiranya korang selalu berkembara kedalam hutan, pengalaman akan mengambil alih tugas tersebut. Setengah pengetahuan itu hanya boleh di timba melalui pengalaman, jadi apa di tunggu lagi…. Jom kita ke Hutan!

PEMANDANGAN SEMULAJADI DI BRINCHANG

korang dah maklum pasal aku nye blog yg lepas aku pi daki gunung brinchang.., kali ini aku just nk tunjuk kat korang sume betapa INDAHNYA,,.... CIPTAAN ALLAH bile melihat pemandangan di GUNUNG,,, serius aku sangat TAKJUB!!!!! INI lah Gambar2 yang kwan2 aku amik iaitu HIDAYAT n SHUKRI.... dorang memang pro!!!
PEMANDANGAN WAKTU PETANG HINGGA KE MALAM 



GUMPULAN AWAN.....KESEJUKAN MAKIN TERASA



SUBHANALLAH,,, SANGAT CANTIK..... BILA NK KE MALAM....
WAKTU MAGHRIB



MALAM PUN MENJELMA......
WAKTU PAGI....KAMERA INI MERAKAM BEGITU AGUNGNYA CIPTAAN ILAHI....

 


Sepanjang BERADA DI BRINCHANG, dalam banyak-banyak tempat yang dikunjungi, hatiku benar-benar terkesan  melihat pemandangan alam dari puncak gunung, apa yang ada di bawah ternampak kecil.


Dapat melihat gunung-ganang dengan sangat dekat lantas hati terus terdetak memikirkan kisah gunung yang menolak untuk memikul tanggungjawab seperti manusia. FirmanNya menyebut:
“Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (al-hasyr 21-22)”









Subhanallah…subhanallah…

Tatkala mata menatap ciptaan agungMu,

Diri bagai tersihir seketika

Kalimah tasbih beriring pujian

Sungguh, maha hebat dan maha indah!  



Orang kata,

jauh berjalan luas pengalaman           

Tapi bagiku,

semakin jauh berjalan, semakin terasa keagungan Tuhan

Semakin terasa kerdilnya diri bila mata menghayati semesta alam

Semakin bertambah rasa keimanan dan keyakinan

Semakin hati ingin tunduk sujud padaMu ya Rahman...

Thursday 3 May 2012

GUNUNG BRINCHANG


 PEMANDANGAN DI GUNUNG BRINCHAG

Selepas aku mendaki dekat FRASER HILL, iaitu mendaki dalam keadaan yang sejuk,,, KALI ini aku berpeluang kembali mendaki dlm keadaan SEJUK,,, hehehehee,,,, kali ini aku n the GAng pi ke negeri PAHANG lagi,,,, maklumlaaaa PAHANG ni sejuk,,,penuh dengan TANAH TINGGI,,,,
Gunung Brinchang ni terletak kat CAMERON HIGLAND....mesti korang terbanyagkan... SEJUKNYEEE kat sana....
Aku x mau bercerita panjang,,, pape  maklumat korang leh baca kat www.cameronhighland.net/gunung-brinchang.htm
 meh lihat koleksi gambar2 aku n hikers yang lain di sana,,,,
BERSEMANGAT NK MENDAKI NI....
SEMANGAT KAMI BERSAMA-SAMA BEG HIKING (HAVERSACKS)



* GAMBAR ni kat depan balai polis BRINCHANG... sebelum mendaki wajib "habaq dulu kat POLIS"

PENDAKIAN NK BERMULA....

KEINDAHAN DIATAS GUNUNG....


 

 KESERONOKAN MENDAKI KEPADA PENCINTA ALAM....



INI LAH KAMI......DI GUNUNG BRINCHANG


JANGAN ketinggalan bace blog aku tentang Pemadangan Paling Indah di Atas Gunung BRinchang,,,,

Wednesday 2 May 2012

GUA IKAN

Sebelum2 ni entry aku banyak pasal gunung n bukit.... skunk ni aku nk cerita pasal aku pi gua lak,,,, gua ni name nye GUA IKAN,,,,, dekat dengan GUNUNG STONG, entry aku yg lepas,,,, Alang2 dah pi gunung,, ade lak GUA.... Aku x kan lepaskn peluang pi masuk GUA.....

UNIK STRAKTUR GUA IKAN......
Untuk maklumat korang.. tym aku pi kat sana. guide kat situ bagi tau ade 4 gua dan aku sempat pi keempat2 gua tu... antara maklumat yang aku dapat daripada guide itu seperti :

 Gua Ikan, Gua Gelap (atau juga dikenali sebagai Gua Batu Tersusun), Gua Keris dan Gua Pagar, mungkin asing bagi sesetengah orang, tetapi bagi golongan pencinta alam, ia amat popular. Empat gua itu menyimpan pelbagai sejarah serta mitos tersendiri dan ramai mengakui sukar menaklukinya.

Menurut peneroka gua, Fauzi Hussin, nama Gua Ikan diperoleh ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan di gua itu. Ada mitos mengatakan dulu terdapat sejumlah ikan menghuni di gua itu dan ia dijadikan lokasi masyarakat Melayu kuno mengadakan majlis perkahwinan. Namun, berbanding empat gua berkenaan, Gua Gelap paling mencabar dan sukar dimasuki kerana laluannya yang sempit dan gelap. Pengunjung yang mahu ke Gua Keris dan Gua Pagar perlu melalui Gua Gelap dengan mengiring sebelum merebahkan badan dan mengensot secara melentang untuk melepasi laluan rendah serta sempit di pintu gua.

PERJALANAN MASUK KE GUA GELAP,,, MEMANG SEMPIT,,,,,
HAHAAHHA,,,, DAH NAMANYA GUA GELAP,,, MEMAG GELAP LA,,,, TAPI VIEW MEMANG CANTIK,,,



Bagi masyarakat tempatan, gua itu umpama perjalanan bayi yang gelap di dalam rahim ibunya sebelum bertarung nyawa ketika dilahirkan ke dunia. Sesuai dengan namanya, Gua Gelap itu memang gelap dan pengunjung perlu menggunakan lampu suluh atau berpandukan cahaya yang melepasi lubang depannya. Di sepanjang laluannya, pengunjung boleh melihat stalaktit serta stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air sejak ribuan tahun dulu, bersinar terang apabila disuluh cahaya.

inilah stalagmit yang seperti kristal,,,,, kami dilarang untuk menyetuhnye,,,, mungkin takut kilauan nye akan hilang jika disentuh...


Menurutnya, kebanyakan susunan batu di gua berkenaan diusik dan dipindahkan golongan yang mencari batuan zamrud yang kononnya dikatakan banyak terdapat di gua itu.
Tidak jauh bezanya dengan Gua Keris yang mempunyai trek pendakian yang agak mencabar dengan pengunjung perlu memanjat batu licin. Namun, kepenatan mendaki sejauh kira-kira 100 meter dari Gua Gelap pasti terubat sebaik saja tiba di dalamnya. Menyambut kunjungan pengunjung ialah ukiran batu semula jadi seumpama sebilah keris yang terpacak di bumi, hasil cantuman stalaktit dan stalagmit.
UNIKNYEEEE CIPTAAN TUHAN,,,, HASIL SEMULAJADI PEMBETUKAN KERIS

 MENUJU KE GUA KERIS
 DIPERKARANGAN GUA KERIS... KAWASAN GUA YANG LAPANG....

DAYAT DAN ZAID BERLATARBELAKANGKAN BATU BERBENTUK KERIS





 Berbeza dengan gua lain, Gua Keris mempunyai permukaan yang mendatar dan luas seumpama sebuah padang bola sepak. Gua itu dipercayai pernah didiami manusia dulu kala serta dijadikan sebagai lokasi untuk berlatih silat. Menjelajah ke seluruh pelosok gua ini memang memberi kenangan indah kepada sesiapa saja terutama si pencinta alam.