Wednesday, 28 March 2012

3rd trip : BuKit SAGA

Trek Bukit Saga adalah trek yang popular di kalangan penduduk sekitar Taman Saga dan peminat aktiviti luar tingkap. Pada siapa yang belum pernah mendaki Bukit Saga jangan lepas peluang untuk mendaki Bukit Saga dan di sana terdapat satu air terjun yang cantik dan terjaga!









        Trek di kawasan hutan simpan ini mempunyai banyak laluan iaitu di namakan sebagai laluan A, B, C & D. Setiap laluan mempunyai jarak dan tahap kesukaran yang berbeza. Untuk pendaki tetap disini, mendaki Bukit Saga dari mana-mana starting point samada Taman Saga atau Taman Ceupacs adalah sesuatu yang biasa. Dan pendaki biasa disini adalah pakcik, makcik, uncle, auntie; jika mereka yang berumur ini boleh mendaki Bukit Saga begitu juga anda bukan?


           Namun jangan ambil mudah, trek Bukit Saga adalah agak pacak dari mula trek dan menaik hingga ke Puncak / Campsite. Jika anda pernah mendaki Gunung Datuk, anda akan lebih senang untk membayangkan tahap kecuramannya :) namun dalam jarak yang lebih pendek dari trek Gunung Datuk. Ambil masa anda sendiri dan secara normal pendaki akan berjaya sampai ke Campsite dalam masa 45minit. Dari campsite anda boleh meneruskan perjalanan lebih ke dalam Hutan Simpan tersebut ke Air Terjun, jangkaan masa untuk sampai dalam 45minit-1jam.    
        Tapi jangan terlalu mengharap untuk menghayati pemandangan luas terbentang di atas puncak Bukit Saga yer kerana hutan dikawasan puncak Bukit Saga adalah masih dalam ketegori hutan hujan bukit Dipterocarp dengan pokok yang tinggi menghalang pandangan anda. Jika menghayati pemandangan Kuala Lumpur lebih penting bagi anda lebih baik mendaki Bukit Tabur West ( seperti entry saya sebelum ni) atau lepak sahaja di kawasan gerai di kaki Bukit Sagaaaa

Wednesday, 21 March 2012

1st trip Join Hiking at Gunung Datok, Rembau





Gunung Rembau atau Gunung Datuk merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Gunung Rembau mempunyai ketinggian setinggi 884 meter.
Gunung Rembau mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas.
Hutan Dipterokarp Bukit adalah kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 - 750 meter dari paras laut yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia. Spesies utama ialah pokok Seraya, pokok Keruing, dan pokok Meranti.
Hutan Dipterokarp Atas adalah kawasan hutan yang terdapat pada ketinggian 750 - 1,200 meter dari paras laut yang mengandungi terutamanya spesies Pokok Meranti bukit dan Pokok Damar Minyak.

kami berada di puncak gunung datuk... scary & beatifull!!!

Our Journey around 3 hour including REsT :
sebelum kami sampai ke puncak,,,,,,,
at the campsite

pendakian dimulakan.... 

sangat bahaya... we have take a risk,,, ayuh panjat but carefull!!!

injured....  perjalanan dihentikan seketika,,,,

SanGatttttt penat....

sangat nak sampai...........
jom....same2 kita teroka keindahan alam ciptaanNya.....
gunUng Datuk's meMory...26 Disember 2010