BROGA HILL

 
Broga Hill atau nama saintifiknya Bukit Broga yang lokasinya terletak di Semenyih memang terkenal
dikalangan kawan-kawan aku.

Aku memang tak bleh tengok kalau orang buat aktiviti-aktiviti outdoor lagi2 HIKING!!!!,
 broga hills tu dekat je denganNILAI (dalam 50 minit gitu). Jadi bila ROOMATE aku ajak aku pergi broga hill, memang dah tak fikir panjang, terus aku accept event request dari dia.
KALI ni aku mendaki DENGAN SUME PEREMPUAN DAN GENG HIKING AKU X DE JOIN>>> HUHUHUHU.....

 Untuk pengetahuan, tempat starting point nak panjat broga hill ni adalah dekat dalam ladang kelapa sawit dan kene bayar dalam RM2 (kalau tak silap) sebagai yuran parking. Kami x kena bayar parking pun,,, BUKAN sebab KAMI pompoan sume,., TAPI sebab KAMI mendaki  DAH NK MASUK MAGHRIB, jadi x de orang,.,,,,



SERAM memang SERAM, kami mendaki dalam keadaan gelap,, tapi yang bestnye,,, x de TRAFIC JEM kat atas bukit tu,,, maklumla broga hill popular dikalanagn PENDAKI....
 

Setelah bersusah payah (susah la sangat) selama lebih kurang 45 minit, akhirnya kami berjaya menawan puncak pertama broga hill. Dia ada lebih kurang 4 puncak rasanya dan jarak antara puncak-puncak ni tak ada la jauh sangat. Dan di puncak yang terakhir ada sign board selamat datang yang menyambut setiap pendaki.  Kalau sesiapa yang panjat broga hill, wajib ambil gambar dekat sign board nih untuk membuktikan korang memang betul-betul dah sampai ke puncak broga hill.

Secara keseluruhan, aku rasa broga hill ni agak menarik untuk didaki. Pemandangan pun agak cantik dan tak susah mana untuk newbie atau awek-awek ayu nak daki. Sepanjang pendakian, jalan pun tak terlalu curam. Kalau orang tak ramai, rasanya boleh sampai ke puncak dalam masa 30 minit.
Dan disarankan sangat-sangat untuk memakai kasut yang mempunyai grip kuat sebab bila hujan, jalan sangat licin dan boleh membawa maut.