![]() | |
DARI KIRI NAKEMAH, DAYAT, AZMAN,SYUK,EPUL,MEZAH,AKU(YANA) & JIEHA.... |
Bagi "hikers"..perasaan cinta terhadap alam semulajadi menjadi permulaan untuk kaMI tubuhkan team ini..... dengan adenya team ni menjadi langkah kekuatan kami untuk melangkah jauh ke dalam hutan...
* perkara yg perlu diambil berat oleh setiap HIKER ialah :
Keadaan Fizikal dan Mental
Fizikal lebih menjurus kepada elemen kekuatan (tenaga luaran/penampilan) dan mental pula berteraskan elemen pemikiran ( kecekalan/tenaga dalaman).
Fizikal lebih menjurus kepada elemen kekuatan (tenaga luaran/penampilan) dan mental pula berteraskan elemen pemikiran ( kecekalan/tenaga dalaman).
walaupun aku ni PEREMPUAN, aku akui kadang2 fizikal aku lemah, tapi kawan2 beri support terutama untuk mental aku...
Selalunya, mental akan terlebih dahulu mengaku kalah sebelum fizikal. Sekiranya mental akan awal-awal lagi sudah mengaku kalah, walaupun dari segi fizikal korang masih boleh meneruskan perjalanan maka korang tidak akan sampai ke detinasi yang di tuju.
Akan tetapi sekiranya mental anda berkata anda akan sampai ke tempat yang di tuju, walau apa pun halangan fizikal yang dihadapi, anda akan tetap sampai juga akhirnya. Fizikal yang kuat dengan mental yang lemah tidak akan menjanjikan kejayaan.
walaupun aku x la tinggi sangat,, tapi minat, aku layannnn.... |
![]() |
AKU N NAKEMAH X LA BESAR N TINGGI MANE,, TAPI MINAT YG SAME PENDORONG MENTAL KAMI UNTUK BERTAHAN,,,,, |
Untuk membina mental yang kuat dan cergas, anda digalakkan menyemai keyakinan tinggi kepada diri sendiri. Sentiasa berfikiran positif. Disamping itu amalkan sifat terbuka dalam pergaulan, tidak mementingkan diri sendiri dan yang paling utama ialah pengisian jiwa kita dari sudut keagamaan.
Walaubagaimanapun, persediaan dari segi kekuatan fizikal adalah amat penting sebelum memulakan sebarang aktiviti pengembaraan. Untuk aktiviti yang mencabar ianya memerlukan anda bersedia dari segi fizikal dan memerlukan ketahanan stamina yang agak tinggi.
Untuk pengembaraan hutan (jungle trecking) yang tidak melibatkan pendakian gunung, KORANG tidak begitu memerlukan keadaan fizikal yang baik. Akan tetapi jika pengembaraan yang melibatkan pendakian gunung, korang haruslah mempunyai keupayaan fizikal yang kuat dan stamina yang tinggi kerana ketika mendaki anda akan membawa bersama lebih kurang 15kg bebanan (bag) dan ini memerlukan kekuatan pada kaki dan belakang. Dan semasa menuruni bukit kekuatan leher dan kaki amatlah penting supaya tidak mudah tergelincir.
Anda mestilah belajar menerima dan cepat menyesuaikan diri kepada perubahan cuaca atau keadaan sekeliling apabila berada didalam hutan. Faktor cuaca seperti cuaca sejuk, panas mahupun hujan, ribut atau banjir adalah sebahagian daripada kemungkinan yang harus dihadapi. Berfikirlah secara matang dan jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Pertimbangkan semua peluang yang ada sebelum mengambil sebarang keputusan, sebaik-baiknya anda berbincang dengan rakan-rakan dalam menentukan tindakan anda seterusnya.
Anda mestilah belajar menerima dan cepat menyesuaikan diri kepada perubahan cuaca atau keadaan sekeliling apabila berada didalam hutan. Faktor cuaca seperti cuaca sejuk, panas mahupun hujan, ribut atau banjir adalah sebahagian daripada kemungkinan yang harus dihadapi. Berfikirlah secara matang dan jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Pertimbangkan semua peluang yang ada sebelum mengambil sebarang keputusan, sebaik-baiknya anda berbincang dengan rakan-rakan dalam menentukan tindakan anda seterusnya.
Adalah lebih baik sekiranya anda mengumpul semua maklumat tempat atau lokasi yang anda ingin tujui sebelum memulakan perjalanan. Ini sedikit sebanyak boleh menolong anda menyediakan peralatan yang perlu untuk menghadapi keadaan yang bakal ditempohi. Dalam sesetengah kes, pengambara yang berpengalaman juga boleh menghadapi masalah dalam menghadapi perubahan keadaan atau cuaca sekiranya tiada persediaan rapi.
Bag
Pilihan bag bergantung kepada
a) jenis pengembaraan; b) jarak masa berada di luar
c) kekerapan anda d) kesanggupan berbelanja.
AKU N THE GANG MEMILIH BEG KARIMOR UNTUK PI HIKING |
Bag atau haversack hendaklah mempunyai kerangka dalam yang di jahit di dalam bag dan tali (straps) yang boleh di laras mengikut kesesuaian. korang haruslah selesa semasa memikul bag . Bag yang baik haruslah mempunyai padding yang baik, strap dada dan beberapa poket disebelah tepi dan atas. Ianya juga haruslah mempunyai lash-point untuk menggantung peralatan yang besar seperti ground mats (alas tanah), kantung tidur (sleeping bag) dan khemah. Bag berkapasiti 35 hingga 45 liter cukup sesuai untuk tiga hari berkembara (pergi & balik). Untuk jangka masa seminggu, korang memerlukan bag yang berkapasiti 60 liter atau lebih. Barangan yang berat hendaklah di simpan di bahagian bawah bag. Ketatkan waist strap (tali di pinggang) semasa berjalan untuk mengurangkan kesakitan/lenguh pada bahu korang. Berat bag yang amat sesuai semasa pengembaraa ialah 15Kg.
Bungkuskan barangan korang terutama baju didalam plastik sebelum memasukkannya kedalam bag, ini akan menghalang air (hujan atau sungai) dari merosakkan barangan korang terutama bag tidur dan pakaian. Kebanyakkan bag di pasaran adalah diimport dan agak mahal. Pilihlah bag yang sesuai dengan aktiviti yang ingin sertai. 45 – 60 liter amatlah sesuai untuk pengembaraan hutan di Malaysia kerana paling lama korang mungkin berada di dalam hutan adalah untuk tempoh satu minggu.
Unggun Api
Sesetengah orang menyalakan unggun api dan setengahnya pula tidak. Sekiranya kawasan perkhemahan itu agak terancam oleh binatang buas ianya agak perlu memasang unggun api sekurang-kurangnya dapat menghalang binatang buas dari mendekati kawasan khemah anda. Asap dari unggun api dapat menghalau binatang buas dan juga serangga seperti nyamuk.
Gunakan kayu yang telah mati atau tunggul kayu untuk meghidupkan unggun api korang. Bersihkan kawasan sekeliling unggun api sebelum menyalakan api terutamanya daun-daun kering dan ranting-ranting kecil. Pagarkan unggun api tersebut dengan menggunakan batu supaya api tidak merebak. Pastikan api unggun mudah dikawal dan tidak dinyalakan terlalu hampir dengan khemah korang.
Belerang
Belerang
Dengan menabur belerang disekeliling khemah juga adalah salah satu cara bagi mengelakkan tapak perkemahan anda dicerobohi oleh haiwan atau serangga menjalar seperti ular, halipan, ulat bulu atau kala jengking. Pastikan korang menaburkan belerang selepas sahaja khemah siap didirikan. Selain menabur belarang disekeliling khemah, adalah juga digalakkan melakukannya disekeliling tapak perkhemahan korang. Belerang yang berwarna kuning seakan-akan serbuk kunyit boleh dibeli di kebanyakan kedai yang menjual peralatan kembara dengan harga yang amat berpatutan.
Makanan
Jenis makanan yang dibawa amat bergantung kepada jangka masa sesuatu perjalanan. Ia boleh di katagorikan kepada tiga bahagian atau bentuk iaitu makanan kering, makanan basah atau makanan dalam tin. Memasak di dalam hutan sepatutnya dilakukan dengan mudah, cermat dan selamat samada menggunakan kayu api, lilin memasak atau dapur gas.
Mee segera , roti atau nasi merupakan pilihan yang baik kerana ianya agak ringan berbanding dengan makanan yang lain. Dapur gas mudah alih (Butane Stoves) dan mess tins merupakan alatan berbagai fungsi (sebagai kuali, periuk ,pinggan atau cerek) dan ianya agak ringan dan mudah di bersihkan. Makanan yang kaya dengan tenaga seperti coklat bar, kentang goreng, nestum atau oat merupakan makanan segera yang amat mudah dibawa dan dimasak. Bila berkembara jangan terlalu memikirkan keselesaan kerana setiap perjalanan pasti ada pahit manisnya & pengalaman akan menjadikan kita lebih dewasa. Sentiasa sematkan didalam minda akan motto utama kembara iaitu “ Lebih Sukar Lebih Mencabar”. Nah ! ianya menggambarkan segalanya.
Tidak dinafikan banyak yang korang perlu ingat. Akan tetapi sekiranya korang selalu berkembara kedalam hutan, pengalaman akan mengambil alih tugas tersebut. Setengah pengetahuan itu hanya boleh di timba melalui pengalaman, jadi apa di tunggu lagi…. Jom kita ke Hutan!
No comments:
Post a Comment