Sebelum2 ni entry aku banyak pasal gunung n bukit.... skunk ni aku nk cerita pasal aku pi gua lak,,,, gua ni name nye GUA IKAN,,,,, dekat dengan GUNUNG STONG, entry aku yg lepas,,,, Alang2 dah pi gunung,, ade lak GUA.... Aku x kan lepaskn peluang pi masuk GUA.....
|
UNIK STRAKTUR GUA IKAN...... | | |
|
Untuk maklumat korang.. tym aku pi kat sana. guide kat situ bagi tau ade 4 gua dan aku sempat pi keempat2 gua tu... antara maklumat yang aku dapat daripada guide itu seperti :
Gua Ikan, Gua Gelap (atau juga dikenali sebagai Gua Batu Tersusun), Gua Keris dan Gua Pagar, mungkin asing bagi sesetengah orang, tetapi bagi golongan pencinta alam, ia amat popular.
Empat gua itu menyimpan pelbagai sejarah serta mitos tersendiri dan ramai mengakui sukar menaklukinya.
Menurut peneroka gua, Fauzi Hussin, nama
Gua Ikan diperoleh ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan di gua itu. Ada mitos mengatakan dulu terdapat sejumlah ikan menghuni di gua itu dan ia dijadikan lokasi masyarakat Melayu kuno mengadakan majlis perkahwinan. Namun, berbanding empat gua berkenaan,
Gua Gelap paling mencabar dan sukar dimasuki kerana laluannya yang sempit dan gelap. Pengunjung yang mahu ke
Gua Keris dan Gua Pagar perlu melalui Gua Gelap dengan mengiring sebelum merebahkan badan dan mengensot secara melentang untuk melepasi laluan rendah serta sempit di pintu gua.
|
PERJALANAN MASUK KE GUA GELAP,,, MEMANG SEMPIT,,,,, |
|
HAHAAHHA,,,, DAH NAMANYA GUA GELAP,,, MEMAG GELAP LA,,,, TAPI VIEW MEMANG CANTIK,,, |
Bagi masyarakat tempatan, gua itu umpama perjalanan bayi yang gelap di dalam rahim ibunya sebelum bertarung nyawa ketika dilahirkan ke dunia. Sesuai dengan namanya, Gua Gelap itu memang gelap dan pengunjung perlu menggunakan lampu suluh atau berpandukan cahaya yang melepasi lubang depannya. Di sepanjang laluannya, pengunjung boleh melihat
stalaktit serta stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air sejak ribuan tahun dulu,
bersinar terang apabila disuluh cahaya.
|
inilah stalagmit yang seperti kristal,,,,, kami dilarang untuk menyetuhnye,,,, mungkin takut kilauan nye akan hilang jika disentuh... |
|
Menurutnya, kebanyakan susunan batu di gua berkenaan diusik dan dipindahkan golongan yang mencari batuan zamrud yang kononnya dikatakan banyak terdapat di gua itu.
Tidak jauh bezanya dengan
Gua Keris yang mempunyai trek pendakian yang agak mencabar dengan pengunjung perlu memanjat batu licin. Namun, kepenatan mendaki sejauh kira-kira 100 meter dari Gua Gelap pasti terubat sebaik saja tiba di dalamnya. Menyambut kunjungan pengunjung ialah ukiran batu semula jadi seumpama
sebilah keris yang terpacak di bumi, hasil cantuman stalaktit dan stalagmit.
|
UNIKNYEEEE CIPTAAN TUHAN,,,, HASIL SEMULAJADI PEMBETUKAN KERIS | | |
|
MENUJU KE GUA KERIS
DIPERKARANGAN GUA KERIS... KAWASAN GUA YANG LAPANG....
|
DAYAT DAN ZAID BERLATARBELAKANGKAN BATU BERBENTUK KERIS |
Berbeza dengan gua lain, Gua Keris mempunyai permukaan yang mendatar dan luas seumpama sebuah padang bola sepak. Gua itu dipercayai pernah didiami manusia dulu kala serta dijadikan sebagai lokasi untuk berlatih silat. Menjelajah ke seluruh pelosok gua ini memang memberi kenangan indah kepada sesiapa saja terutama si pencinta alam.
No comments:
Post a Comment